Monday, May 27, 2013

Usaha & Tawakal

Baca berita kat atas. Hati semua orang penuh berapi. Belajar 5 tahun setengah, akhirnya? Mak ayah pun meroyan juga, 5 tahun setengah akhirnya ? Namun Alhamdullilah, aku tak meroyan sedih apatah lagi kecewa. Permainan politik. Permainan dunia. Apatah lagi ini melibatkan rezeki. Kalau sudah ditakdirkan oleh Allah yang kita akan jadi cikgu, maka jadi cikgulah kita walaupun halangan yang mendatang beribu. Dan aku akan tetap bersyukur sekiranya aku tidak ditakdirkan untuk menjadi cikgu, sebab berada di maktab (IPG) banyak yang aku pelajari dan perolehi.

Dan aku tidak sedih mungkin sebab aku tidak minat dan beria untuk menjadi cikgu. Allah maha megetahui lagi maha penyayang. DIA tahu apa yang kita perlu lebih dari diri kita sendiri. Pernah ada orang kata, kadang kala kita sendiri tidak mengenali diri kita sendiri. Maka Allahlah yang lebih mengetahui. Aku serahkan kepada Allah. Aku juga berusaha ke arah  lain sekiranya aku tidak ditakdirkan menjadi seorang guru. Rezeki itu luas cuma yang aku pinta aku tidak berputus harap. Amin.

No comments:

Post a Comment